Sunday 28 July 2013

Naseb badan..sudah ditakdirkan begitu..

Kisah ni dah berlalu hampir dua tahun..aku mengalami keretakan tulang belakang yang tidak serius..tapi boleh mengakibatkan kesan kepada tubuh aku sampai bila-bila..

Selalunye aku  memang berjaga-jaga, memang berhati-hati lebih2 lagi kalau nak angkat benda berat..takut sakit..
Aku akan rasa sengal yang amat pada bahagian pinggang kalau berada dalam situasi yang sangat sejuk..

Alahai..bukan mngeluh tapi kesian kat diri sendiri..petang ni aku tolong ofis aku isi makanan dalam goodies sbb esk nk agihkan kat umah orang-orang tua..Alhamdulillah, aku ikhlas, aku rasa sangat bertuah sebab dapat tolong dan berbakti hehehe..

Tapi malangnye..ni haa.. belakang aku ni haa dah mula sengal2 sampai dah tulang pinggul dah ni..huhu..sabar jelah..

GaDis KamPung...: Berwaspada

GaDis KamPung...: Berwaspada: Salam tengahari semua..hari ni saya nak berkongsi dan bercerita pengalaman baru saya ni..Harap apa yang saya nak kongsi memberi manfaat dan ...

Saturday 27 July 2013

Berwaspada

Salam tengahari semua..hari ni saya nak berkongsi dan bercerita pengalaman baru saya ni..Harap apa yang saya nak kongsi memberi manfaat dan memberi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati dan berwaspada selalu..

Sebelum ni..saya selalu membaca al-quran di buku quran atau kata lain helaian la hehe..tapi sejak saya beli telefon pintar ni mudah kan..jadi senang download je aplikasi al-quran di telefon pintar..kat mana2 pun boleh bukak kat tandas jangan sesekali hehe..mudah senang,ringan bukan nk iklan ni..

Selama saya mengamalkan pembacaan di handphone saya..saya rasa tiada masalah..dari segi ayat, baris semua sama..tapi masalah ni timbul bila saya mengdownload aplikasi al-quran yang baru..aplikasi al-quran beserta dengan tafsirnya sekali..sekali tengok memang canggih..kita juga mengalunkan surah dengan pilihan qari yang disukai..kita juga boleh menukar tafsiran al-quran dengan pelbagai pilihan bahasa..

TAPI..MALANG SEKALI..bila saya mula membaca surah amalan saya iaitu surah al-waqiah..saya agak terkejut bila terdapat perbezaan dengan baris2 ayat tersebut, mula-mula saya beranggapan bahawa terdapat kesilapan, al maklum la..barang elektronik..tapi saya perhatikan daripada awal surah hingga akhir surah, semuanya berbeza.. sepatut baris diatas ditukarnya menjadi baris bawah..

SUBHANAALLAH..adakah ini kesilapan??saya rasa tidak mungkin..


Doa Sebelum Memulakan Pekerjaan

Hari ni awal sampai ofis..tumbprint sharp pukul 7.20..hehe semangat  keje..ecece..padahal gelisah duk umah lama2..

Okey la..sebelum kita memulakan pekerjaan ..Jom sama-sama kita membaca doa ni..

Bismillahirrahmanirrahim..

Doa Memulakan Pekerjaan
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فَوَاتِحَ الْخَيْرِ وَخَوَاتِمَهُ وَجَوَامِعَهُ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَظَاهِرَهُ وَبَاطِنَهُ وَالدَّرَجَاتِ الْعُلاَ مِنَ الْجَنَّةِ.
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا فِيْهِ ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا فِيْهِ.
اَللّهُمَّ طَهِّرْ قُلُوْبَنَا مِنَ النِّفَاقِ ، وَأَعْمَالَنَا مِنَ الرِّيَاءِ ، وَأَلْسِنَتَنَا مِنَ الْكَذِبِ ، وَأَعْيُنَنَا مِنَ الْخِيَانَةِ ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُوْرُ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Ertinya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam dan selawat serta salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul; Sayidina Muhammad, dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu pembukaan yang baik dan penutup yang baik, dan keseluruhan yang baik di awalnya dan di akhirnya, zahirnya dan batinnya serta darjat yang tinggi di syurga.
Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada pada hari ini, dan kami berlindung kepadaMu daripada keburukan hari ini dan keburukan yang ada pada hari ini.
Ya Allah! Sucikanlah hati kami daripada sifat nifaq (munafiq), pekerjaan kami daripada amalan riya', lidah kami daripada berkata bohong dan mata kami daripada berlaku khianat. Maka sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata-mata yang berlaku khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada-dada.
Dan semoga Allah melimpahkan selawat serta salam ke atas Sayidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam.

Wednesday 24 July 2013

Wanita Solehah Idaman Lelaki..

Wanita..Hiasan dunia..Seindah hiasan adalah wanita Solehah..

 











1. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan

Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik

NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama

“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

6. Dari keturunan yang baik-baik.

Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana

Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian

“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki

Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak habis-habis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!” Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu

“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.

Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi

Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih

Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna

Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

16. Pemaaf

Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang

Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

18. Berkeyakinan diri

19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.

Maksud ‘body language di sini adalah cara percakapan, kawalan diri di hadapan orang ramai dan sebagainya.

20. Bersifat keibuan, menyenangkan orang tua dan menggembirakan anak-anak

* Peringatan buat lelaki yang mengidami wanita seperti ini! Adakah anda sudah dahulu menjadikan diri sebagai lelaki idaman!?

“Kalau benar ingin jadi lelaki yang mencintai perempuannya, maka mulalah dengan berusaha membawa diri sendiri ke Syurga. Kerna nanti, kau perlu memimpinnya ke sana.” - Hilal Asyraf, Penyusun - Pakar Diari hati

Tuesday 23 July 2013

Oh..Bulan

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu

Oh sayang didalam mimpimu
Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu

Oh sayang dimana dirimu
Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti
Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti

Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti

Sharing Is Caring..

Rahsia Panjang Umur














Rahsia pertama : silaturrahim – eratkan hubungan kekeluargaan, sesama islam. Sayangnya ramai yg lebih menziarah kawan2 berbanding keluarga.
Amalkan ziarah, saling mengunjungi saudara.

Rahsia kedua : berakhlak mulia – Muka ceria, memberi bantuan tanpa diminta (sebaik2 org ialah org yg berguna kpd orang lain). Abu bakar as siddiq mengikuti sunnah nabi, selalu membantu nabi, salah satunya ialah memerah susu. 

Ketika dilantik menjadi khalifah, org yg selalu dibantu abu bakar, menyangka abu bakar tidak akan membantu mereka lg. tetapi tidak, abu bakar tetap teruskan kerjanya memerah susu itu, sekalipun telah dilantik menjadi khalifah. Jaga diri kita dari mengganggu org lain, menyakiti org lain, bukan hanya dengan perkataan, tetapi dgn sikap.

Seorang mukmin yg berakhlak mulia akan mencapai darjat seperti org2 yg berpuasa dan solat malam.

Rahsia ketiga : memuliakan jiran tetangga. Hadis : jibril sentiasa dtg kepadaku memberi wasiat agar selalu berbuat baik kpd jiran. Hadis : siapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirAt maka hendaklah dia memuliakan jiran, x menyakiti hati, xganggu mereka.

Ada beberapa amalan yg boleh memanjangkan umur ;

1) solat. Solat di masjidil haram dan masjid nabi. Solat di masjidil haram 100000 ganda kebaikan berbandin solat di tempat lain. Solat di masjid nabawai, 1000 kali ganda. Jaga solat2 sunat rawatib

Jika nak capai 200000 rakaat solat sunat perlu solat selama 46 tahun (1 hari 12 rakaat). Ambil peluang ketika berada di masjidil haram utk solat sunat. 10 rakaat, ibarat 1,000,000 rakaat di tempat lain – 230 tahun!

Jaga solat jemaah di masjid. Solat bersama imam di masjid, lebih afdhal 25 atau 27 ganda berbanding solat sendirian.

Org yg solat sendirian selama 25 atau 27 tahun, bersamaan dgn solat setahun bersama imam di masjid. Seorang perempuan dtg bertemu nabi, bgtau dia suka solat dgn nabi. Nabi ckp, solat kamu lebih baik di bilik kamu, lebih tersembunyi, lebih tersorok.

Lakukan juga solat sunat di rumah. Hadis : jgn jadikan rumah kamu seperti kubur, solat,ah di rumah kamu (solat sunat).

Hadis : solat sunat sesorang di rumahnya, xda sorg pun yg nampak, 25 ganda berbamding solat sunat di masjid.

Sediakan tempat yg khas utk solat sunat di rumah.

Rahsia keempat : jaga adab2 solat jumaat. Hadis : siapa yg memandikan dan mandi, kemudian bersegera ke masjid dan dia berjalan, dan duduk berhampiran dgn imam, mendengar suara khatib. Setiap amalan, satu langkah ke masjid, dihitung amaln satu tahun puasanya dan berdiri di malam hari.

Sentiasa menjaga solat sunat dhuha. Kita ada 360 sendiri, yg mana kita perlu memberi sedekah kpd sendi2 ini, iaitu dgn mengeluarkan kata2 yg baik, memberi pertolongan kpd org yg memerlukan juga sedekah, bg minum org lain, membuang halangan di tgh jalan, dll.

Setiap org yg bangun pagi, wajib utk menutup setiap sendinya dgn sedekah – digalakkan bertasbih, tahmid, takbir, tahlil, etc… Tp cukup dgn solat sunat dhuha, sudah mencukupi utk membayar sedekah kpd sendi2.

Haji dan umrah juga memanjangkan umur.

Isteri yg mudahkan perjalanan suaminya, membantu suaminya, akan dpt pahala yg sama seperti suaminya.

Solat ishraq – selepas solat subuh, duduk berzikir, sehingga matahari terbit, kemudian solat sunat 2 rakaat, seperti org yg melakukan haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna.

Hadirkan diri ke majlis2 ilmu di masjid. Hadis : siapa yg dtg ke masjid utk belajar sesuatu yg baik atau mengajar, maka dia mendapat pahala seperti sempurna hajinya.

Umrah di bulan ramadhan, pahalanya sama dgn haji bersama Rasulullah.

Solat di masjid kuba’. Hadis – siapa yg berwuduk di rumahnya dan kemudian ke masjid kuba utk solat didalamnya,

Jadilah org yg mengucakpkan azan. Jawab azan, dpt pahala seperti org yg azan.

Jangan Pernah Mengeluh sayang..

Salam Ramadhan semua..dah 14 hari rupanya kita puasa..kejap je masa..pejam celik, siang malam gelap cerah dah 2 minggu dah kita menjalani ibadah puasa..Bulan yang penuh dengan keberkatan..

Jangan sesekali berkata hidup ini sunyi..kita xpernah sunyi kita ada pencipta kita, kita ada bodyguard kita kiri dan kanan..Selalu je baca kat facebook, ramai orang yang mengeluh kalau ditimpa masalah..sebenarnya kita ada Allah S.w.t..kita boleh luah macam, guna la apa-apa bahasa pun dia akan faham, minta la apa pun, mintala dengan penuh kusyuk dan penuh keikhlasan..Pasti dan InsyaAllah ada yang terbaik buat kita..



Dugaan di bulan Puasa..

Hari ni dah 14 hari kita di bulan Ramadhan..bulan yang penuh dengan keberkatan..bulan yang ditunggu oleh alim ulama'..tunggu bukan nak duit hehe..tapi tunggu nak kejar pahala dengan amalan yang berlipat klai ganda..Tapi.. aku makin hari makin xde selera makan..kalau dulu-dulu bulan puasa ni syok.sebab berbuka je mak aku masak sedap-sedap hehe..cakap je yang terlintas mesti mak masak..kalau x hari ni..esok ke lusa ke..tapi bila dah besar ni nafsu makan dah kureng..kenape ye..dah 2 hari dah makan nasi ngan telor goreng mata kerbau..

Tapi best jgk..hmm kalo sebab berpantang makan nasi ngan budu..dah lama aku bedal..haha..tapi disebabkan muka aku ni sensitif banget..makan je budu..naik la hantu2 kecik tuu..
Alahai kesian..

Petang2 ni bosan la..jom kita Karok Jom..lagu best punyer..

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita - citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdullilah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi Jalan Untukmu Semua
Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Membantu Keluarga Di rumah
Sekolah Dulu Ku tak punya biaya
Terpaksa Ku Harus Mencari Nafkah
Tetapi Aku Tak terputus asa
Pasti Yang Kuasa Memberi Jalannya
Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Bersyukur Masuk Dapur Rekaman
Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Bersyukur Masuk Dapur Rekaman
Setelah Dulu Ku Nggak Punya Biaya
Terpaksa Ku Harus Mencari Nafkah
Tetapi Aku Tak Terputus asa
Pasti Yang Kuasa Memberi Jalannya
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita - citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdullilah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi oh...memberi Jalan Untukmu Semua