Saturday 27 July 2013

Berwaspada

Salam tengahari semua..hari ni saya nak berkongsi dan bercerita pengalaman baru saya ni..Harap apa yang saya nak kongsi memberi manfaat dan memberi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati dan berwaspada selalu..

Sebelum ni..saya selalu membaca al-quran di buku quran atau kata lain helaian la hehe..tapi sejak saya beli telefon pintar ni mudah kan..jadi senang download je aplikasi al-quran di telefon pintar..kat mana2 pun boleh bukak kat tandas jangan sesekali hehe..mudah senang,ringan bukan nk iklan ni..

Selama saya mengamalkan pembacaan di handphone saya..saya rasa tiada masalah..dari segi ayat, baris semua sama..tapi masalah ni timbul bila saya mengdownload aplikasi al-quran yang baru..aplikasi al-quran beserta dengan tafsirnya sekali..sekali tengok memang canggih..kita juga mengalunkan surah dengan pilihan qari yang disukai..kita juga boleh menukar tafsiran al-quran dengan pelbagai pilihan bahasa..

TAPI..MALANG SEKALI..bila saya mula membaca surah amalan saya iaitu surah al-waqiah..saya agak terkejut bila terdapat perbezaan dengan baris2 ayat tersebut, mula-mula saya beranggapan bahawa terdapat kesilapan, al maklum la..barang elektronik..tapi saya perhatikan daripada awal surah hingga akhir surah, semuanya berbeza.. sepatut baris diatas ditukarnya menjadi baris bawah..

SUBHANAALLAH..adakah ini kesilapan??saya rasa tidak mungkin..


No comments:

Post a Comment